STATUS UPDATED!
لا اله الا الله محمد رسول الله
The Blog

gambar

heartbeat

nuffie

Jul 17, 2014

Shopping Skirt untuk Raya, JOM!

Assalamualaikum. Waalaikumussalam. :)

Hai. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka bila sudah sampai waktunya! : D

Awak, awak semua. Jom. Kaum muslimat sahaja, kita shopping skirt untuk raya ni.
Harga best dan berpatutan punya! : )

Klik link bawah ini untuk lebih lanjut.

http://muslimahladycol.blogspot.com/

Lets grab one!
I already grab that purple one on that website. Sorry. Hehe.  : P



This one. Haha. : D
Oke, tata. : )



tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

May 11, 2014

Kolej Matrikulasi Perak Part 1

Assalamualaikum.
Nak review sikit pasal matrik atau matrikulasi atau kolej matrikulasi. 

Korang, tapi ni pasal matrik PERAK. *Team gempak mana tu?? Team perak, team perak!!!* (sila jgn hampa bila baca entri ni kpd pelajar yang dapat matrik lain)

Hmm, kalau nampak tulisan ni macam kecik benor, boleh la tekan ctrl dgn + serentak. (tekan ctrl dulu, baru tekan + , masa tekan + jgn lepas kan ctrl) : ) \\utk yg tak tau.

Oke. Kolej matrik ni sebenarnya salah satu platform untuk pelajar tak kira la straight A's ke, ataupun lubang2 A nya untuk melanjutkan pelajaran. Bukan semua yang mohon akan dapat masuk. So, kepada yang dapat bersyukur sangat2. Yang tak dapat jangan putus harapan. Masih banyak peluang di luar sana. Cuma mungkin lambat atau cepat. Dan mungkin ianya terlindung. Kuatkan Semangat!!! Senyum. Allah kan ada. 

Kolej Matrikulasi.


Haa, woot woot~ : D

saya batch 13/14 untuk tahun lepas. saya student lepasan matrik perak. Haa, korang dah print belum apa yang pihak matrik nak tu? Gambar passport semua? Tanda tangan dan cop jangan lupa. Buat la check list oke. Baca la arahan yang disediakan kat situ. Kalau musykil boleh call je pihak matrik tu. Kat laman web diorang ada no phone. Nanti dah print siap, boleh lah letak dalam file. Senang nak bawak.

Haritu saya register masuk matrik 27 mei. Kalau tahun ni 25 mei kan? 
Haa. Matrik Perak ni duduknya dekat gopeng. Matrik perak ni duduk kat atas bukit. Nak sampai ke kawasan Kolej Matrikulasi Perak ni agak panjang laluannya. Yang paling penting, kepada sesiapa yang akan mendaftarkan diri ke kolej ni nanti, silalah datang AWAL! Kalau boleh lepas subuh tu dah bolehlah gerak pergi daftar. Oke, tu agak melampau.

Tapi, kalau boleh gerak lebih awal daripada yang dinyatakan. Kenapa? Sebab kat laluan tu nanti akan jam teruuukkk. Nak pergi tandas pun x lepas nanti. Tapi x pe, bolehlah mintak tumpang rumah makcik pakcik kat situ kalau terdesak. Macam haritu, ramai yang turun kereta pergi tandas. Sebab jam sngat teruk. Walaupun laluan nak pergi ke kolej tu terasa agak panjang, tapi tak sampai 12 minit pun dah boleh sampai rasanya. Tapi disebabkan jam yang teruk sangat tu, nak sampai ke kolej tu ambik masa 3-4 jam dalam kereta. Bayangkan. Dah boleh balik KL semula kalau korang datang dari KL. Tak ke rugi masa. Stress pun ada datang menyapa. Hehe. Serius ni. For real. Sangat tenat rasa. Jalan pun tak boleh nak laju.

Paling penting, kalau datang lambat, espeseli for girls la, takut x dpt bilik je. Jangan risau. Kalau x dapat bilik, boleh duduk rumah felo. Sebenarnya saya la tu. Haha. Kalau kita tak merasa, macam mana kita nak bercerita kan. Cerita lahir dan datang daripada? = pengalaman kan. Hehe. Memang kena banyak bersabar. Semua orang pun nak masuk matrik. Semua orang pun nak dapat bilik. Jadi, disebabkan x dapat bilik tu, akhirnya duduk la rumah felo. Ada yang kena menetap dekat bilik sakit.

Tapi jangan risau. Itu mungkin sebab matrik kelantan x siap lagi. Sekarang dah siap kan. Mesti lah semua baru2 belaka kan. Tapi kalau dapat matrik perak pun dah kira bertuah. Bersyukur lah. : ) InshaAllah matrik Perak akan muat satu bilik 4 orang. Aameen. ^^

Seminggu orientasi bersama-sama dengan kakak abe AJKO . 
Jadual memang pack. Tapi best. Alhamdulillah. Makanan ada disediakan. Alhamdulillah. Hehe. Boleh take away dekat kafe hokey. Tapi, memang agak berhimpit la duk dalam dewan. Tapi mungkin tak ramai macam batch lepas. Sebab matrik kelantan kan dah siap. Haritu sebabnya pelajar matrik kelantan dihantar ke perak dengan matrik apa lagi satu x ingat. Disebabkan matrik kelantan x siap lagi. Katanya setengah sem diorang duduk perak, last2, sampai habis belajar, 2 sem.

Keadaan rumah felo? Tidur atas tilam. Susun atas lantai. Well, not that bad la macam yang korang fikirkan. Cuma macam tu la. Hehe. Kitaorang satu bilik 7 orang masa tu. Satu rumah ada 3 bilik. Dan setiap bilik tak tetap pun berapa orang. Masuk ikut suka je.

WARNING : Ini cuma cerita daripada pengalaman saya shj. Ade madam and sir pernah cerita diorang pernah duduk rumah sampai 20 orang ke 30 orang camtu (Rasanya bukan dekat kolej matrik latar cerita mereka) Rumah felo tu kitaorang duduk 20 orang camtu la. Tapi tu kan disebabkan ketiadaan bilik dan matrik kelantan yang belom siap. InshaAllah, xde macam tu dah batch ni.

Seminggu lebih sikit je duduk rumah felo tu, ataupun 2 minggu x ingat, pastu kitorang diberi bilik, tulis nama dekat no bilik tu, then kita angkut barang2 kita masuk bilik tu. Pastu pindah la. 

Sebelum pindah, after or still masa orientasi ada lah problem ni dibangkitkan utk dikongsi bersama2 pelajar aspuri. Ada pihak pengurusan, dia buat pengumuman pasal budak2 duduk rumah felo ni akan masuk bilik dan akan tinggal dengan anda semua. Encik tu ckp lagi, kasihanilah mereka ni. Macam tu la. Ade la dia tunjuk gambar2 bilik budak rumah felo. We used to be called as "orang kelima" oleh mereka yang dapat bilik. Hey, this is not about raging ke apa la. Haha. Jangan risau, in shaa Allah, kat matrik xde raging setakat pengalaman. Selama duduk kat matrik perak x pernah dengar pun. Semua orang baik2 je belaka. Alhamdulillah. : ) 

Orientasi

  • Kalau tak silap, dia ada bagi jadual. So, boleh tengok kat situ. Takpun, bila sekali dah pegi dewan tu, nanti terus dia akan cakap apa kena buat lepas ni. 
  • Start dari pagi sampai malam. Full. Oke kalau macam haritu, Bila pagi, solat subuh kat masjid. Bagi pelajar perempuan yang cuti, ada program lain. Komfem best. InshaAllah. Ada usrah, tengok video, share story n lain2 lagi. ^^ Untuk non-muslim ada pendidikan moral. 
  • Dapat makanan free. (minuman sekali kot) Hee.
  • Setiap pagi akan ada siren kejut suruh bangun. 
  • Pasal bilik air, bilik mandi, xtau macam mana keadaanya masa tu, sebab still kat rumah felo. So, memang x tau keadaan kat hostel. 
  • Lepas tu nanti sebelum rehat, ada kena jumpa dengan kakak2 ajko dekat luar blok masing2. Dengar macam taklimat pasal apa2. Ada la setiap blok punya moto.  
  • Masa petang free la sikit. Maybe sampai pukul 5 atau 5.30 dah habis dah program kat dewan. (atau pukul 6? ) haha. sorry la. x ingat sangat. Hehe. 
  • Malam tu nanti akan sambung balik prgoram. Ada dia jemput orang2 yg dah berjaya.
  • Nanti ada group LDK, program pagi. Masa tu kita akan join group yang dia bagi kat kita ikut nombor. angkanya 2 hingga 3 digit. Campur laki perempuan dengan seorang lecturer. Kat U pun ada LDK macam ni. Time tu la nak berkongsi sekolah mana, nak jadi apa, nama apa. Ice breaking dengan orang yg mungkin kita x jumpa dah pun lepas tu. Hehe. Campur la budak kos akaun, sains semua modul. Lepas tu abe kakak ajko bawak pegi pusing kolej. Nak tanya apa2 boleh tanya. Takut sesat pulak nanti hari first. Mula2 je nampak macam complicated, lama2 biasa dah la. : ) Kalau boleh hari first tu datang awal. Nanti salah masuk kelas macam kawan saya. Hehe. 
  • Good luck orientasi! woot woot~!


Ni sebagai memori. Alhamdulillah. Rumet oke je. : )
Thanks.

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

May 8, 2014

Setia

Ya, setia.

Apa itu setia.
Mengikut thesaurus,

setia (adjektif)
1. Bersinonim dengan teguh hati:tetap haticekaltabahbulat hatibulat tekadbulat fikiran,

2. Bersinonim dengan patuh:taattawadukpatihboleh diharaptunak,
Kata Terbitan : bersetia,kesetiaanpersetiaan,

cr : diSini

Mengikut makna setia yang kebanyakannya mungkin akan terpacul keluar dari mulut dan fikiran manusia ialah ianya merupakan sejenis sifat.

Bagi seseorang, mungkin akan mengungkapkan "Dia seorang yang setia"
Bagi pasangan pula mungkin saling mengungkapkan ayat "Aku akan setia padamu sampai mati, hingga hujung nyawa, sampai habis darah (titisan darah yang terakhir la katakan)"

Bagiku, setia lebih kepada kata2.
Mudah untuk diungkap.
Tetapi sukar bak ang untuk dikekalkan.


cr : google je.

Bagiku juga, yang paling penting,
Setialah pada Allah, Rasulullah, Parents, Islam, Family, dan kawan2,lebih tepat, sahaat.

Allah mencipta kita dan beri nikmat melimpah ruah serta pemilik segala dibumi dan di langit.
Rasulullah mengajar dan menyampaikan ilmu dari wahyu baginda kepada kita.
Parent melahirkan dan membesarkan kita.
Islam agama yang benar dan se-benar2-nya.
Family tempat kita berkongsi kasih.
Sahabat menemani kita ke jalan kebenaran.

Maaf andai ada yang terasa. (masam, manis, pahit, tawar, kelat, payau, mahupun loya)
Kalau ada yang baik, ambik. Kalau busuk, buruk, hodoh, daripada penulisan ini, sila buang jauh2.
Sekian.
Belajarlah erti setia yang sebetulnya.

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda