STATUS UPDATED!
لا اله الا الله محمد رسول الله
The Blog

gambar

heartbeat

nuffie

Jul 17, 2014

Shopping Skirt untuk Raya, JOM!

Assalamualaikum. Waalaikumussalam. :)

Hai. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka bila sudah sampai waktunya! : D

Awak, awak semua. Jom. Kaum muslimat sahaja, kita shopping skirt untuk raya ni.
Harga best dan berpatutan punya! : )

Klik link bawah ini untuk lebih lanjut.

http://muslimahladycol.blogspot.com/

Lets grab one!
I already grab that purple one on that website. Sorry. Hehe.  : P



This one. Haha. : D
Oke, tata. : )



tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

May 11, 2014

Kolej Matrikulasi Perak Part 1

Assalamualaikum.
Nak review sikit pasal matrik atau matrikulasi atau kolej matrikulasi. 

Korang, tapi ni pasal matrik PERAK. *Team gempak mana tu?? Team perak, team perak!!!* (sila jgn hampa bila baca entri ni kpd pelajar yang dapat matrik lain)

Hmm, kalau nampak tulisan ni macam kecik benor, boleh la tekan ctrl dgn + serentak. (tekan ctrl dulu, baru tekan + , masa tekan + jgn lepas kan ctrl) : ) \\utk yg tak tau.

Oke. Kolej matrik ni sebenarnya salah satu platform untuk pelajar tak kira la straight A's ke, ataupun lubang2 A nya untuk melanjutkan pelajaran. Bukan semua yang mohon akan dapat masuk. So, kepada yang dapat bersyukur sangat2. Yang tak dapat jangan putus harapan. Masih banyak peluang di luar sana. Cuma mungkin lambat atau cepat. Dan mungkin ianya terlindung. Kuatkan Semangat!!! Senyum. Allah kan ada. 

Kolej Matrikulasi.


Haa, woot woot~ : D

saya batch 13/14 untuk tahun lepas. saya student lepasan matrik perak. Haa, korang dah print belum apa yang pihak matrik nak tu? Gambar passport semua? Tanda tangan dan cop jangan lupa. Buat la check list oke. Baca la arahan yang disediakan kat situ. Kalau musykil boleh call je pihak matrik tu. Kat laman web diorang ada no phone. Nanti dah print siap, boleh lah letak dalam file. Senang nak bawak.

Haritu saya register masuk matrik 27 mei. Kalau tahun ni 25 mei kan? 
Haa. Matrik Perak ni duduknya dekat gopeng. Matrik perak ni duduk kat atas bukit. Nak sampai ke kawasan Kolej Matrikulasi Perak ni agak panjang laluannya. Yang paling penting, kepada sesiapa yang akan mendaftarkan diri ke kolej ni nanti, silalah datang AWAL! Kalau boleh lepas subuh tu dah bolehlah gerak pergi daftar. Oke, tu agak melampau.

Tapi, kalau boleh gerak lebih awal daripada yang dinyatakan. Kenapa? Sebab kat laluan tu nanti akan jam teruuukkk. Nak pergi tandas pun x lepas nanti. Tapi x pe, bolehlah mintak tumpang rumah makcik pakcik kat situ kalau terdesak. Macam haritu, ramai yang turun kereta pergi tandas. Sebab jam sngat teruk. Walaupun laluan nak pergi ke kolej tu terasa agak panjang, tapi tak sampai 12 minit pun dah boleh sampai rasanya. Tapi disebabkan jam yang teruk sangat tu, nak sampai ke kolej tu ambik masa 3-4 jam dalam kereta. Bayangkan. Dah boleh balik KL semula kalau korang datang dari KL. Tak ke rugi masa. Stress pun ada datang menyapa. Hehe. Serius ni. For real. Sangat tenat rasa. Jalan pun tak boleh nak laju.

Paling penting, kalau datang lambat, espeseli for girls la, takut x dpt bilik je. Jangan risau. Kalau x dapat bilik, boleh duduk rumah felo. Sebenarnya saya la tu. Haha. Kalau kita tak merasa, macam mana kita nak bercerita kan. Cerita lahir dan datang daripada? = pengalaman kan. Hehe. Memang kena banyak bersabar. Semua orang pun nak masuk matrik. Semua orang pun nak dapat bilik. Jadi, disebabkan x dapat bilik tu, akhirnya duduk la rumah felo. Ada yang kena menetap dekat bilik sakit.

Tapi jangan risau. Itu mungkin sebab matrik kelantan x siap lagi. Sekarang dah siap kan. Mesti lah semua baru2 belaka kan. Tapi kalau dapat matrik perak pun dah kira bertuah. Bersyukur lah. : ) InshaAllah matrik Perak akan muat satu bilik 4 orang. Aameen. ^^

Seminggu orientasi bersama-sama dengan kakak abe AJKO . 
Jadual memang pack. Tapi best. Alhamdulillah. Makanan ada disediakan. Alhamdulillah. Hehe. Boleh take away dekat kafe hokey. Tapi, memang agak berhimpit la duk dalam dewan. Tapi mungkin tak ramai macam batch lepas. Sebab matrik kelantan kan dah siap. Haritu sebabnya pelajar matrik kelantan dihantar ke perak dengan matrik apa lagi satu x ingat. Disebabkan matrik kelantan x siap lagi. Katanya setengah sem diorang duduk perak, last2, sampai habis belajar, 2 sem.

Keadaan rumah felo? Tidur atas tilam. Susun atas lantai. Well, not that bad la macam yang korang fikirkan. Cuma macam tu la. Hehe. Kitaorang satu bilik 7 orang masa tu. Satu rumah ada 3 bilik. Dan setiap bilik tak tetap pun berapa orang. Masuk ikut suka je.

WARNING : Ini cuma cerita daripada pengalaman saya shj. Ade madam and sir pernah cerita diorang pernah duduk rumah sampai 20 orang ke 30 orang camtu (Rasanya bukan dekat kolej matrik latar cerita mereka) Rumah felo tu kitaorang duduk 20 orang camtu la. Tapi tu kan disebabkan ketiadaan bilik dan matrik kelantan yang belom siap. InshaAllah, xde macam tu dah batch ni.

Seminggu lebih sikit je duduk rumah felo tu, ataupun 2 minggu x ingat, pastu kitorang diberi bilik, tulis nama dekat no bilik tu, then kita angkut barang2 kita masuk bilik tu. Pastu pindah la. 

Sebelum pindah, after or still masa orientasi ada lah problem ni dibangkitkan utk dikongsi bersama2 pelajar aspuri. Ada pihak pengurusan, dia buat pengumuman pasal budak2 duduk rumah felo ni akan masuk bilik dan akan tinggal dengan anda semua. Encik tu ckp lagi, kasihanilah mereka ni. Macam tu la. Ade la dia tunjuk gambar2 bilik budak rumah felo. We used to be called as "orang kelima" oleh mereka yang dapat bilik. Hey, this is not about raging ke apa la. Haha. Jangan risau, in shaa Allah, kat matrik xde raging setakat pengalaman. Selama duduk kat matrik perak x pernah dengar pun. Semua orang baik2 je belaka. Alhamdulillah. : ) 

Orientasi

  • Kalau tak silap, dia ada bagi jadual. So, boleh tengok kat situ. Takpun, bila sekali dah pegi dewan tu, nanti terus dia akan cakap apa kena buat lepas ni. 
  • Start dari pagi sampai malam. Full. Oke kalau macam haritu, Bila pagi, solat subuh kat masjid. Bagi pelajar perempuan yang cuti, ada program lain. Komfem best. InshaAllah. Ada usrah, tengok video, share story n lain2 lagi. ^^ Untuk non-muslim ada pendidikan moral. 
  • Dapat makanan free. (minuman sekali kot) Hee.
  • Setiap pagi akan ada siren kejut suruh bangun. 
  • Pasal bilik air, bilik mandi, xtau macam mana keadaanya masa tu, sebab still kat rumah felo. So, memang x tau keadaan kat hostel. 
  • Lepas tu nanti sebelum rehat, ada kena jumpa dengan kakak2 ajko dekat luar blok masing2. Dengar macam taklimat pasal apa2. Ada la setiap blok punya moto.  
  • Masa petang free la sikit. Maybe sampai pukul 5 atau 5.30 dah habis dah program kat dewan. (atau pukul 6? ) haha. sorry la. x ingat sangat. Hehe. 
  • Malam tu nanti akan sambung balik prgoram. Ada dia jemput orang2 yg dah berjaya.
  • Nanti ada group LDK, program pagi. Masa tu kita akan join group yang dia bagi kat kita ikut nombor. angkanya 2 hingga 3 digit. Campur laki perempuan dengan seorang lecturer. Kat U pun ada LDK macam ni. Time tu la nak berkongsi sekolah mana, nak jadi apa, nama apa. Ice breaking dengan orang yg mungkin kita x jumpa dah pun lepas tu. Hehe. Campur la budak kos akaun, sains semua modul. Lepas tu abe kakak ajko bawak pegi pusing kolej. Nak tanya apa2 boleh tanya. Takut sesat pulak nanti hari first. Mula2 je nampak macam complicated, lama2 biasa dah la. : ) Kalau boleh hari first tu datang awal. Nanti salah masuk kelas macam kawan saya. Hehe. 
  • Good luck orientasi! woot woot~!


Ni sebagai memori. Alhamdulillah. Rumet oke je. : )
Thanks.

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

May 8, 2014

Setia

Ya, setia.

Apa itu setia.
Mengikut thesaurus,

setia (adjektif)
1. Bersinonim dengan teguh hati:tetap haticekaltabahbulat hatibulat tekadbulat fikiran,

2. Bersinonim dengan patuh:taattawadukpatihboleh diharaptunak,
Kata Terbitan : bersetia,kesetiaanpersetiaan,

cr : diSini

Mengikut makna setia yang kebanyakannya mungkin akan terpacul keluar dari mulut dan fikiran manusia ialah ianya merupakan sejenis sifat.

Bagi seseorang, mungkin akan mengungkapkan "Dia seorang yang setia"
Bagi pasangan pula mungkin saling mengungkapkan ayat "Aku akan setia padamu sampai mati, hingga hujung nyawa, sampai habis darah (titisan darah yang terakhir la katakan)"

Bagiku, setia lebih kepada kata2.
Mudah untuk diungkap.
Tetapi sukar bak ang untuk dikekalkan.


cr : google je.

Bagiku juga, yang paling penting,
Setialah pada Allah, Rasulullah, Parents, Islam, Family, dan kawan2,lebih tepat, sahaat.

Allah mencipta kita dan beri nikmat melimpah ruah serta pemilik segala dibumi dan di langit.
Rasulullah mengajar dan menyampaikan ilmu dari wahyu baginda kepada kita.
Parent melahirkan dan membesarkan kita.
Islam agama yang benar dan se-benar2-nya.
Family tempat kita berkongsi kasih.
Sahabat menemani kita ke jalan kebenaran.

Maaf andai ada yang terasa. (masam, manis, pahit, tawar, kelat, payau, mahupun loya)
Kalau ada yang baik, ambik. Kalau busuk, buruk, hodoh, daripada penulisan ini, sila buang jauh2.
Sekian.
Belajarlah erti setia yang sebetulnya.

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

May 7, 2014

"Jet Lag"

Hai...
Lama x blogging.
Tanpa sedar dah dua tahun alam persekolahan berlalu pergi.
Mungkin kerana tanpa perasaan sayu meninggalkan sekolah membuatkan diri tidak membilang hari.

Terima kasih kepada pelawat yang berkunjung kesini walaupun tiada berita yang menyapa dari blog ini.
Maafkan saya jika tidak membalas kunjungan saudara dan saudari.
Diri ini terasa masih lagi 'jetlag' untuk berblogging, blogjoging, blogwalking mahupun toing toing.

Lagipun terasa 'gagap' pula jari menekan keyboard di laptop kerana ketandusan idea yang ingin ditypekan.
Pergilah kawan. Pergilah mencari yang lebih baik. Jangan biarkan dirimu berkunjung ke sini tanpa ada balasan. Tapi ketahuilah bahawa diri ini sangat appreciate kehadiran kalian. Nanti jika berkesempatan akanku membalasnya. :")

Sekian.
:"/

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

May 8, 2013

Test JPJ yang bersejarah ==' , Tett...

Assalamualaikum. (Jawab salam, :) )

Sape yang dah test jpj? Mesti ramai dah pernah kan. *angkat-angkat-kening-dua-kali* (sebab x daya angkat banyak kali) =='

Nak cerita ke tak ni ye. Hmm.
Pada hari rabu yang lepas, berapa hari bulan ye, *tengok kalendar sebelah* ,, haa, 3/4/2013 merupakan hari  kira bersejarah la bagi saya.
Saya telah menggemparkan banyak pihak. *jengjengjeng* ---> background music , hohoho

UPDATE 8/5/2013 :

Ha-ha-ha, ni adalah post bulan 4, lamaaanyaaa dahh~ krik.krik.krik *bunyi cengkerik*
Cerita yang sudah basi dimamah masa dan usia. *erk*
Hehe.

Pendek kan cerita je la. Penat nak type. Lalala~ :P
Nanti orang pun penat nak baca. Kan. Taknak baca pun xpe. Sebab ni cuma \online DIARY/. Hee.

Haa, ni penceritaan paling pendek dan ringkas.
Masa hari 3 haribulan tu, ada test JPJ.
Sebab ada akak yang sama ejen dengan saya, yang saya baru jumpa,plus tanya nama \and/ ambik number phone dia pada hari itu jugak, dia cakap nak balik, nak pergi kerja, jadi \without hesitation/, teros saya bagitau kat dia yang saya nak balik jugak.

Sebab apa? Bukan sebab takut tinggal sorang \and/ blablabla.
Tapi sebab \the fact/ yang saya sesi 3. =='
Lama lagi nak tunggu. Sesi 1 pon x habis lagi.
Akak tu yang pada mulanya datang kat saya ajak pegi jumpa ejen. Saya tunggu dia kat luar bilik tu.

Jadi selepas borak dengan makcik2 di tempat menunggu, bersama dengan kawan(ex-classmate) yang baru sahaja selesai test (tak sangka pulak boleh jumpa dia kat situ) , mak pun sampai. Saya telefon mak cakap nak balik.

Maka, balik lah saya dengan senang hatinya. Lalala~ *macam ayat melayu lama je*
Saya kat rumah pegi menonton variety show popular tu (malas nak promote eh)
Pastu lepas dah lama, dapatlah call dari ejen.
Ejen cakap "awak kat mana? semua orang duk cari awak".

Saya hanya mampu ketawa. \LOL/ =='
Tengok2 ada mesej dari akak tu dalam pukul 12 lebih.
Tapi memang kecewa sangat, persoalannya, 'kenapa akak tu tak telefon? bukan ke \it is about something urgent/ ?' Persoalan hanya tinggal persoalan. Apalagi, teros kelang kelibut pegi IM. Haha. Moral kat sini : \Don't trust people easily! Take Note To Self !/ Tapi, saya tak salahkan dia lah. Tapi...cuma kecewa sikit la. Huhu.

Bila call akak tu, dia tanya saya kat mana, dan bila ditanya, dia cakap "akak dah siap dah test" (ayat tuu)
Lupa nak bagitau, akak tu sesi 3 jugak, nombor kitaorang dekat2 je. Paling penting, dia cakap yang "DIA TAK BALIK PON", sabar je la. :'D Haha.
Bila sampai JPJ semua dah takde. Akak kat kaunter luar yang jaga untuk test JPJ pun xde.
Pastu ada la berlaku something2 lagi. (penat nak menaip, dan panjang sangat dah ni)
Ayat "dah test ke?" dan "awak balik ke tadi?" serta "kenapa awk balik?" mahupun "ada orang suruh awk balik?" memang ada je suara duk tanya. Haha.

\Last/, lepas akak2 penjaga kaunter, dengan JPJ dah siap rehat makan, akak tu cakap awak kena jumpa sendiri dengan JPJ cakap nak test. Oh, kena jumpa ye, jadi saya pergi la. Kat tempat JPJ rehat tu. Dekat je. Lepas saya datang balik, ramai tanya "boleh tak?". Hehe. Rasanya diorang lagi cuak. Saya ingat nak buat minggu depan je (saya habaq mai kat ejen, sebab dah lewat camni, ejen cakap banyak proses kena buat).

Alhamdulillah, Allah bantu, Allah bukak hati JPJ tu nak terima saya untuk buat test. Ingat, apa2 pun, Allah yang pegang hati manusia, dan semua hidupan-Nya. Allah lah yang mencipta hati kita dan seluruh alam ni kan. :") Kalau Allah cakap jadi, maka jadilah. KUNFAYAKUN. Jadi, mintak dengan Allah. :D, InshaAllah.


cr to : inche mushi (from google to his blog)

Moral of the story : Tak payah balik. Haha. Tapi kalau nak balik jugak, ambik risiko sendiri.

Lagi satu : Rupanya akak tu tak balik, ejen kata dia tak bagi balik, pastu kenapa saya x bagitau dia nak balik. (Saya dah bagitau kat akak tu dah pun sebenarnya), tapi ejen baik. Hehe. Pastu rupanya akak tu keje kat kedai ejen tu. ==' Btw, ingat nak type sikit je, tapi nampaknya macam ni la cerita yang 'dipendekkan'.

K,bye. ^________^

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Mar 5, 2013

Sedekah? Itu mudah...KAN?


Assalamualaikum...

Wahh, apa mudah sangat ke sedekah tu?
Ehh, boleh tahan mudah je. Kan?
Islam memang ada banyak rukhsah.
Islam itu memudahkan dan tak membebankan. : )

Eleyy, orang banyak duit, boleh lah bagi sedekah banyak2
-Eh, wrong statement tuu, nak sedekah bukan untuk orang banyak duit je.

Ala, i tahu lah, i bukan baru belajar dengan you, dekat sini, saat ni, pasal bab2 sedekah ni. 
-Memang pon, tak kuasa lah. Haha. Takde lah. Gurau je. Kita kat sini cuma nak mengingatkan statement yang boleh kata semua orang DAH tau. Muslim tu kan saling menasihati.

Nabi Muhammad S.A.W berpesan supaya kita sampaikanlah walaupun satu ayat dan saling nasihat menasihati antara satu sama lain.

Jadi tak salah langsung nak bagi nasihat, kat twitter ke, fb ke, blog ke, semua boleh, gunakan semua kemudahan teknologi untuk something that you can bring until hereafter. I mean just like sedekah jariah.

Oh, itu pun i tau. Let's proceed.
-Oke, sedekah ni mudah sebab apa? Sebab kita boleh bagi sedekah dalam pelbagai bentuk plus rupa. Paling orang selalu buat, SENYUM, kan? Itu sedekah paling mudah. Ya Allah, cuba lah senyum sikit bila orang datang kedai, bila peniaga senyum, layan dengan baik, pelanggan pun suka. Bila nak buat sesuatu benda tu, fikirkan jika kita adalah pelanggan tu contohnya. Kalau awak tu nak taknak je layan pelanggan, aish, pelanggan pun nak taknak lah gi kedai awak tu dah.

-Macam saya pergi kedai kasut, fuyoo, tauke cina siap datang dekat saya untuk suruh saya tengok2 kasut kat situ ma. The Taukeh ma. Padahal kedai dia tengah ramai orang, pekerja dia pun ada. Lepas tu dia pergi jaga kaunter bayaran. Sebelum2 tu, dia dah pergi dekat  customer2 dia yang lain. Mereka pandai ambil hati, tu pasal mereka maju. Saya pun rasa kasihan je sebab tak beli kat kedai dia, sebab layanan dia, padahal kasut kat situ, takde la saya berkenan sangat. Tapi kebaikan yang ditunjukkan tu yang bagos! Hee. Saya cuma jalan2 je. :)

I rase you jarang dapat kasih sayang kot ni. Sedekah lain lagi? Takkan SENYUM je? Semua orang pun tau!?
-Haha, apa2 je lah. Senyum sikit :P. Posing2. =='. Eh, ade lagi, stay tune dulu. *iklan* ting3,*background music* Welcome back! =='
-Oke, other than that, are you a newspaper buyer?

Ha'ah,yes i am! Semua newspaper i beli. Waktu pelancaran BH yang baru i ada, metro versi baru pon i beli.
-Yes, yes. Bila dah habis baca you buat apa? Buang? Kitar Semula? Atau hasilkan kraf tangan ke?
Kalau hasilkan kraf tangan dengan kitar semula bagus jugak boleh tambahkan pendapatan. Tapi daripada buang, lebih baik you sedekahkan kat orang.

Surat khabar pun boleh sedekah? Sape lah yang nak kan surat khabar? Lain lah kalau bagi benda berharga sikit.
-Ramai yang tak perasan, tapi sebenarnya, ada yang memerlukan surat khabar yang banyak. Aaa, ce teka?
Tau dah kan? Ke tak? Hehe. Jawapannya : Orang yang buat nasi lemak daun pisang yang pakai pelapik surat khabar bawah daun pisang! Haha, ayattt~ berbelit. Boleh apa kita pergi bagi, takpun pos laju je kalau segan. Hehe. Pastu tulis note : Sila ambil surat khabar ni untuk bungkus nasi lemak, kalau tak ambil, saya tak marah. :P Macam kisah sedara belah adik beradik atuk saya, haaa, camne tuu, hehe, fahamkan hubungan saya dengan dia. Dia ni rajin. Dia berniaga, suami dah meninggal, keluarga kurang kemampuan, berniaga nasi lemak dengan sate. Kos hidup sekarang makin lama makin tinggi. Kan, kalau kita dapat membantu lebih ramai kawan2 kita, makcik2 kita yang kurang kemampuan, bukan ke kita rasa bahagia sebab dapat tolong orang? :) Hmm, cuba kita fikir lagi, siapa yang memerlukan barang yang kita anggap remeh, tp sebenarnya berharga bagi orang lain dan apa barang yang dianggap remeh tu tapi sebenarnya penting bagi orang lain?

I dah agak dah, mesti orang jual nasi lemak jawapannya, tu la yang i jawab lepas you tanya . . .
-Yolahtu, :P lain, awak boleh bagi kat kanak2 peminta sedekah tu, tak lupa jugak kat pakcik makcik yang ada dekat pekan sari, pasar2 tu.
-Bukan la bagi surat khabar tu, bagi duit la. Ikhlas.

Eh, i taknak lah bagi sedekah kat bebudak macam tu, ntah2 ada dalang kat belakang diorang tu.
-Ehem, kalau ada dalang sekalipun, cuba fikirkan, kalau budak2 tu tak dapat duit banyak, mesti diorang kena pukul kan. Tu lebih kasihan. :'( Lagipun, sedekah tu kena ikhlas, jangan terlalu memikirkan sangat. InshaAllah. :)

Sedekah lain lagi??
-Oke, macam cikgu saya, dia nasihatkan :
*sediakan satu tabung/bekas/apa2 tempat yang boleh letak duit dalam tu.
*setiap pagi, letak lah dalam tabung tu, ala, paling busuk, RM1, takpun, ala, beberapa duit syiling pun boleh apa, mengikut kemampuan, 10sen pun boleh, DENGAN NIAT nak sedekah duit2 tu.
*lepas tu, amalkan setiap pagi dengan niat nak sedekah.
*bila dah banyak, bolehlah bawak pi masjid ke, surau ke, rumah kebajikan ke, boleh la sedekah. Best kan?

Amaran keras : Tapi jangan lah riak pulak, pi masjid lepas tu angkat tabung masjid tinggi2,(Lagi2 kalau bekas lutsinar tu) isi duit, siap kira depan orang. Takpun siap perli orang sebelah. "You ni tak bagi sedekah ke? Ish3 *sambil menggoyang2kan jari*, you patut mencontohi diri i yang pemurah ni tau," =='

Semoga bertambah rezeki, solat dhuha tu pun bagus :D

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Jan 25, 2013

Belated Time.

Assalamualaikum.

19 Januari 2013 - Pergi dengar ceramah kat driving school dua sesi. (5 jam)
Ade sorang akak tu, tengok gaya macam budak baru habis sekolah gitu, tapi rupenya umur 27 tahun, dan anak dah dua. : )

23 Januari 2013 - Happy Belated Birthday kepada Abah Tersayang. :D
Sanah Helwah! Saengil Chukhae! Otanjobi Omedetto! Thanks for everything you had done for me, and family until today and after this. We all love you. Semoga abah dimurahkan rezeki dan sihat selalu serta dipanjangkan umur. :')

23 Januari 2012 - Pergi driving school saja test Ujian Komputer(UK). Huhu.
Without carefully reading the buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) tu sebab kononye nak baca buku panduan undang2 jalan raya berkomputer (e-test) yang ejen baru bagi hari ni, i got 30 per 50 for the test. Haha. Shame on you! Ekeke. 30 je?? Sadis. Anda gagal! Huhu. So, akan cuba lagi. Tapi yang buat hari 23 Jan ni cuma test je. Kalau ujian UK yang betol2 punya kena bayar 10 ringgit kalau nak ulang.

Dalam kete :
Saya : Abah, dulu abah ambik test pakai komputer ke?
Abah : Tak, dulu pakai macam kertas periksa warna merah tu.
Saya : Oh, yang OMR tu eh?
Abah : Ha'ah.
Saya : *Hmm, gitu rupanya*

24 Januari 2013 - Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. :D

Jom Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad...

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Ya Rasulullah, syukran atas segala jasamu kepada umatmu.
Ya Rasulullah, kami sayang padamu. :')

Hasil kopi dan pasta dari page ni :
Terbaik~ :D


tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Jan 17, 2013

I'm back,, again!

Assalamualaikum...

Ape kabor?
Oke, lama menghilang, takde sapa yang peduli dan kisah pon
Biar lah bunyik cengkerik menjadi peneman. Haha.
Tapi ini blog, tempat luahan diari hati secara terbuka.
Biarlah, kalau boleh semua benda nak tulis dalam ni kalau peristiwa yang besar2 tu.
Nanti bila dah tua, boleh jadi memori. Haha. Perasan boleh tua.
(Nanty bila sempat untuk saya tua, bila baca, ohh, kira mencapai jugak usia tua, dan merasai tua, hoho)

Hihi, doakan saya berumur panjang, TAPI makin baik amalan yang dilakukan.
Ustaz kata, Nabi berpesan supaya "biarlah panjang umur, tetapi baik amalanya"
Ustaz kata lagi : Nabi tak pesan supaya BANYAK amalannya, tetapi biarlah BAIK amalannya.

Tapi jangan salah faham. Amalan yang BANYAK itu dapat menambahkan lagi timbangan.
Tetapi perlulah SEMPURNA. Kan? :D
BAIK = SEMPURNA , ye tak?

Oke, kalau salah mana2 tu sila tunjuk ajar, jangan mengata, mengeji, mendoakan kejatuhan. Kita sebagai orang Islam adalah bersaudara. Kalau orang tu, kita rasa dia dah sesat ke, atau salah ambil tindakan mahupun dia buat salah, tolong, tolong, jangan doa dia jatuh, dia kalah, tapi bimbing dia. Kita hidup saling menasihati. Nasihat ni pun untuk diri saya sendiri.
 "Xoxo, D! Publish!" -> Istanbul Aku Datang. Hehe.

Oke lah, daaadaa. Saje kasi MIS(S)called. :D Hehe.

Purple note : Sabtu ni baru nak pi dengar ceramah/taklimat nak ambik lesen. Hoho. Ya Allah, bila first time drive nanti, tolong lah hilangkan rasa gementar. Aameen. 
Hihi. ^^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Nov 17, 2012

La Tahzan

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.
Engkaulah Yang Maha Besar.
Bantuilah hamba-Mu ini mengharungi dugaan-Mu ini Ya Allah.
Ku tahu suatu hari nanti, hari itu pasti tiba Ya Allah.

Ya Allah,
Tabahkanlah hamba-Mu ini,
Ku tahu di palestin kini banyak nyawa yg sudah tergadai
Akibat Israel yang zalim.

Ya Allah,
Ku tahu ujian yang diberikan kepadaku ini
Sangat halus dan kecil jika dibandingkan
Dengan apa yang sedang dilalui oleh mereka.

Ya Allah,
Tabahkanku dan tabahkanlah mereka.
Ku tahu Ya Allah.
Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Engkau juga Maha Pengampun dan Pemaaf.

Ya Allah,
Tunjukilahku jalan yang benar,
Jalan para siddiqin dan para solihin.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar.
Bantuilah hamba-Mu ini Ya Allah.

Aameen.

Tekan gambar utk lihat ayat yang lagi3 banyak ^^

Purple note : Saya dalam kecelaruan sedikit. Nanti In Shaa Allah, selepas SPM, sy akan mnjejaki anda semua semula. Doakan sy, In Shaa Allah, harapnya lebih ramai yg akan mendoakan dirimu :"), Syukran. Jazakallahu Khairan Khatira. : ) To Spm candidate(s) : Bittawfiq wannajah! ^^ Oh, isnin PAI! :") 
Semoga Allah merahmati kita semua. Aameen.


f0r ReaDing ^___^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Nov 12, 2012

Cinta tu inspirasi ke?


Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.

Seorang lagi kawan dah bagitau hajat + kira big news la bagi budak2 se-form dengan saya. Hmm, orang cakap bercinta ni bagi inspirasi, ape betul ke? Tapi tengok gayanya, macam ada betul jugak, tapi kalau makin jatuh cinta dengan Allah, makin banyak inspirasinya. Kemanisan iman tu makin terasa :) Kan? ^^

Tumblr_lvqrchhme31qba6jqo1_500_large
credit to owner, thanks :D
Saya teruja bila nampak lelaki nangis sebab mak dan ayah dia.
Sebab saya tau, dia sayangkan mak dengan ayah dia, sangat.

Tapi sebaliknya kalau lelaki nangis sebab putus cinta dan langsung tak ingat kat mak ayah dia.
Kalau masih ingat, alhamdulillah. :)
Sebab dia cuma kehilangan kasih sayang kekasih dia, yang dia baru je kenal lepas dia dilahirkan kat dunia ni. Dia tak membesar dalam rahim kekasih dia. Sebab dia mula dari satu sel sejak dalam rahim mak dia.
Kadang, Allah bagi petunjuk atau jalan, untuk bagi yang lebih baik untuk diri kita. :') Bersyukurlah :)

Tapi kalau lelaki menangis sebab bertaubat kerana pernah 'putus cinta' dengan Allah.
Saya juga akan berasa terharu.
Lebih2 lagi lelaki yang selalu menangis kerana Allah.
Lagilah terharu dan rasa bahagia muncul walaupun tak kenal dia.

Tapi semua orang yang ada ciri2 ni, saya belum pernah jumpa dan tengok sendiri. Hehe. *Jangan la marah* =='
Dalam drama ada. Dalam novel ada. Yang realiti pasti ada. Tapi sukar nak jumpa. Sebab lelaki kan macho, nangis pun sorok2. :P Paling xpun, nangis dalam selimut. Kalau nak drama sikit, duk dalam bilik air, pasang air shower tu, nangis bawah curahan air. *Haha, ye lah, ye lah, memang terpengaruh drama pun saya ni*

Tapi yang part nangis atas sekali tu saya pernah nampak waktu hantar makcik ngan pakcik kat kelana jaya. Awak tau kan tu tempat apa. :')

Thanks to the owner, i take this picture from google.

Oklah, saya minta maaf kalau ada salah. Terguris kat mana2. Thanks atas segalanya. :))
Ini cuma pendapat. Dan pendapat setiap orang tu lain2.    :)

Purple note :  Selamat tengah hari! Dah makan belom?? Pi makan cepat, nanti perut comel tu masuk angin pulak. ^^

Purple note #2 : Nampak comel bila ada orang tu,lari kejar budak kecik yang menangis sebab nak pulangkan belon budak tu yang terjatuh kat belakang. Saya cuma teka je, bila mak dia kot cakap "ada kat depan" , lepas tu dia lari sambil pegang belon. Tapi tak semua yang kita tafsir tu sama seperti yang kita lihat. X faham? Xpelah : )


f0r ReaDing ^___^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Saya join GA 2012 Nurul Yui

Assalamualaikum sahabat sekalian :))
Waalaikumussalam.

Hyep! :DD
*Tetibe teruja* haha

Okeh, tanpa melengahkan masa lagi,
(Sebab baru2 ni nak join GA tak lepas, tarikh tutup sudah sampai)wuwuwu,

Saya mau jon GA by Nurul Yui ^^



Klik pada banner kalau mau join :D
Anda ada masa 2 minggu saja lagi. Jangan menyesal tak tekan~ :P Hehe.

Lengkapkan ayat ini : (Lebih 10 perkataan)
Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana saya nak dapatkan craft comel percuma daripada Nurul Yui Collection dan saya juga ingin mencuba nasib. Tapi kalau saya dapat hadiah pertama pun lumayan jugak. :D

Hohoho. ^^
Saya harap kak nusha dengan kak yui sudi datang blog saya untuk jenguk ayat 'comel' saya ni. Hee :))

Purple note : Comel la sangat ayat saya tu~ Puii. Haha. Ok, tata. ;) Wink sikit! Hee :D

f0r ReaDing ^___^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Sep 28, 2012

kawan macam biskut

Assalamualaikum manusia sekalian ;)
Waalaikumussalam. :)

Hai utk kucing2 anda yg tgh duduk ats riba anda tu :P (yg berkenaan shj)

wohh, hidup ni memang banyak dugaan la kan :)
of course,,everyone have their own problem in life.

credit to the owner.
kawan ni macam2 jenis ade.
bak kate satu novel tu, by Rose Harissa - Seperti Keju & Coklat
kawan ni macam2 ada lah.

"Dalam hal berkawan memang banyak ragam. Macam keju yang ada banyak jenis. Ada yang halal ade yang tak halal. Ada keju yang disimpan selama bertahun-tahun sebelum digunakan dan ada yang ditambah kulat menjadi 'blue cheese'. Keju mozarella yang diletakkan di atas piza adalah jenis yang boleh 'ditarik' ketika masih panas. Keju cheddar pulak selalu diletakkan di atas roti, bun dan sebagainya. Keju parmesan  pulak dimakan dengan spaghetti bolognese."

"Macam coklat jugak, ada pelbagai jenis. Couverture, biasanya digunakan dalam pembuatan produk coklat buatan tangan. Plain chocolate, digunakn untuk kuih-muih. Milk chocolate punya rasa manis dan lembut sebab mengandungi susu. White chocolate pula diperbuat dari lemak coklat, gula, vanilla dan tidak mengandungi coklat padat.

"Keju dan coklat ada pelbagai jenis, seperti juga jenis-jenis kawan."

hehe, memang la ni buku sesuai untuk remaja yang lebih kecik dari saya. tp saya peduli ape. nak membaca ni takde halangan kankankan :P hehe, ouke. tatatititutu~ *melambai handkerchief ala2 nak pegi belayar naik kapal* =..='

purple note : kawan oh kawan!

f0r ReaDing ^___^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Sep 22, 2012

that-so-called-life of mine :')

Assalamualaikum. 
Waalaikumussalam. :D

People doesn't really know me.
and even if they know me,
they doesn't care for me .
and even if they care for me.
they doesn't really love me.

Firstly, the persons that doesn't really know me.
well, of course, this is about, the schoolmates, facebook friends, twitter followers, and even the bloggers
but that is a usual things that happens for the "non-hotstaff person" just like me. and i don't really care about it. because no one will care about it. hehe ^^

Secondly, the persons that even they know me, they doesn't really care for me.
haha, this always happen to me. i am really in this situation. hehe. for my friend, i am known as a friend. but just for fun or when they get into trouble. maybe they doesn't realise it, but i am.

Thirdly, the persons that they said or showed their care, i can say that they doesn't really love me just like i love them. but, i don't mind, on the outside :') haha.
hehe, this is about the family relationship. the 'kerabat'. i have many 'kerabat(s)'. without hesitantly, i have a really big family. from my aki's, my abah's father to his siblings. and also from my father's late mother's siblings. and thats not yet sum up with my mother's family members.
hehe, ya, its seem complicated with so many blood-related. but we feel happy with that kenikmatan that Allah gave for us. we can share a lot of happiness. we did a lot makan-makan together. went to a family day. and celebrated hari raya for every single year together..
this is not wrote by me. credit to the owner. thanks.  :)

The thought that "they doesn't really love me" got into my head bcos i knew, people often asking " where your daughter?" or "where your son?". they seem to be care. but they don't really love me. hehe^^

We seem to be not really close together,
and ya, we are not really close to each other :)
but in deep down of my heart, there are you. ^^

Purple note : sorry, for any of my english mistakes in this entry. i'm trying to be a better student to my teacher by writing in english to make my english much better. :)

f0r ReaDing ^___^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Sep 1, 2012

tolong saya :')

Assalamualaikum
Waalaikumussalam. :D

hehe. sudaa laa tidak update. nak menaip pun rasa lain macam je

mood : sambil dgr lagu menaip, lalala~
tolong doakan saya untuk percubaan SPM ni ea.

thanks untuk segalanya. maaf tak dapat follow balik dalam mase terdekat ni.
saya sudah sesok. dan rasa nak nangis. hehe.

"saya doakan owner blog ni boleh buat jawab semua soalan SPM dan Percubaan SPM dengan maju jaya! serta dapat 9A+"

oke, sayang kalian. (bg yg sudi singgah pun)


f0r ReaDing ^___^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Jul 22, 2012

Ramadhan!

Assalamualaikum. (jwab cepat~!) ;p

hehe. Saya, kat sini nak ucapkan
Selamat Berpuasa kepada semua follower, reader(kalo ade), blogger, dan seluruh umat Islam di dunia ni :)
mahupun makcik arab atau pakcik english (mat saleh) tak faham ape yg saya duk habaq kat sini.

Saya pun nak minta maaf banyak2 ngan semua yang pernah datang blog ni, pernah kenal, pernah tegur, pernah gurau, pernah kacau, pernah pukul kat mane2, pernah sakitkan hati secara tidak sengaja mahupun sengaja cari pasal dengan saya atau saya yang buat hal2 di atas :D

oke. ayat be-belit2. tata. :P



credit picture : to u know who ^
:)

Purple note : sebelom tutup blog ni, maaf kan saya tau! baik betul lah anda ni ^^! Semoga Allah merahmati anda.Puasa jangan tinggal. Tarawikh jangan lupe pergi. Bazaar boleh tolak tauk tepi. :))

f0r ReaDing ^___^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Jul 14, 2012

date with doc~ :D

Assalamualaikum
Waalaikumussalam.

hoho, haa, suke leteww, bile bab2 date ni kan... = ='
haa, takmo3, erk... haha.
oke, sebenanye, hari rabu yang lepas, bersamaan 11 Julai 2012, ade hari ko-op kat skolah saya. tp, tak dpat la sy pegi sbb pegi jumpa specialist mata. woah, disebabkan melihat kepakaran doc tu, sy tetibe teruja nak jadi pakar mata. hoho. tp dalam masa yang sama, takut la jugak kan. mataa tuuu, kalo pakar tgn ke, kaki ke, sakit luaran. ni kalo mata, sampai ke filamen sampai ke otak. jadi pape. berisiko pulak pesakit tu. hehe.tapi kalo korang nak jadi pakar mata, mmg kerja yang bagos la! sy tabik anda! :D


tapi perasaan tu mmg best kalo dapat tolong orang, dan orang tu sembuh baik! hehe ^^

oke, sy mmg tak tahu menahu langsung bab2 prosedur nak pi cek mate ni. huhu.
so, kat sini saya nak share la sikit. sikit je, tak byk pun. hohoho. sbb prosedur dia tak banyak.

okeh.
mula2 isi borang nak cek mata tu. nama, no ic, alamat, NAMA WARIS,TANDATANGAN WARIS, pekerjaan kita dan benda2 alah camtu la :P. hehe. saje buat perkataan WARIS tu bebesar. sebabnye kan, sy rase macam nak tulis wasiat pon ade mase nak isi borang tu. haha. ye la orang tak pernah pi jmpe pakar. abah ckp, tak de pape la. saje je nak nama waris tu. hehe.

pastu tunggu turn nak kena panggil.macam kat klinik biasa.

"encik bulan bin bintang"--->kata si pemanggil
kalo takde yg menyahut/berdiri pergi kat dia, dia ulang la, mcm biasa
"encik bulan bin bintang"---> kalo tak de lagi, dia panggil nama lain.
"cik matahari binti bumi"
"ye, saya" ---> cik matahari jawab dan pergi kepada orang yang panggil tu

maka, orang yg panggil pun suruh ikut dia masuk kat satu bilik tu. bilik tu terbuka. kita akan dipanggil mengikut nombor, secra randomly, ikutlah laki ke prmpuan yang akan cek kita tu. dia bukan doktor, cuma pembantu aje. saya pon curious memula tu sebab sy tgk ramai pulak si pemanggil, dan ramai pulak yg dipanggil dalam masa yang terdekat.rupa2nya. kat dalam satu bilik tu boleh masuk dalam 2 atau 3 orang.

mula2 sekali, orang yang panggil kita tadi, akan tembak angin kat dalam mata kita. haha. bukan lah tembak pakai pistol mahupun senapang gajah. oke, dia pakai alat yg macam kat kedai cermin mata tu. :) tp yg ni lain sikit la. yang kali ni takde belon panas atau gambar ape2. cume lampu hijau je. korang kena "bukak besar sikit" bak kate dia. hehe. ni utk cek pressure dalam mata katanya. dush! sekali tembak. dush! dua kali tembak! dush! 3 kali tembak. oke, ni baru sebelah mata. tp bolehla, bukan jadi pape pun kat mate tu. hehe. dia suruh relax je. i try~ huhu. oke, one more eye to go~! dush! dush! dush! oke. next step!


pastu dia cek mata yang kta kna tutup mata kanan, pastu bace, pastu tutup mata kiri, pastu bace.blablabla

pastu dia ade tanya sikit2. tp bagi sy, takyah crita banyak2 takpe kat dia. sbb dia bukan doc.
tukang cek (seorang incik): ada sakit mata ke?
sy : ha'ah. mata berair. bangun tgh malam. pastu kluar air mata. dah lap pun keluar lagi.
tukang cek : ohh, bukan nangis? *gelak2*
sy : tak la. * boleh pulak dia buat lawak kat sini* nyesal cerita* =..= '

haha, pastu dia suruh tunggu kat luar, dekat bilik doc. baru saya faham sekarang. dia tu pembantu doc, ala, macam cek permulaan.

pastu tunggu la giliran anda lagi sekali.

baru la pi jumpe doc. doc cek mata kita pakai alat yang bentuk lebih kurang macam alat yg tembak angin tu jugak, tp boleh tgk dalam mata pulak. bukan keluarkan angin dah.lega. ekeke.

tapi ade satu part yg mcam budak2 suka buat time dulu2 tu. yg terbalikkan kelopak mata tu, sy kena buat camtu, tp doc la yang buatkan. hehe. mesti korang fikir camne la doc tu buatkan. dia tolak pakai putik kapas. slow2 je. hehe. jangan la takut. :D *takde sape pun yg takut* huhu~

kalo nak rasa lebih dikagumi doc2 kat situ, aceyy, hehe, bile dia tanya tu semua boleh jawab la.
bila mata awak mula jadi camni?
bila last tukar cermin mata?
kerap ke mata awak jd cmtu?
apa yg berlainan tahun ni dengan tahun lepas? atau
apa yang berlainan bulan ni dgn bulan lepas?
awak studi dari pukul berape sampai pukul brpe?
awak ade ape2 alahan?
brape kerap menghadap com?

hehe, tu pun kalo doc tu tanya. just in case. hehe.
tapi memang insyaAllah, takde pape yang perlu dirisaukan.


oke, ni contoh struktur mata. bagi budak secondary school mmg dah blaja pasal ni kan. :)
nanti doc tu akan terangkan lah kat mane yang ade masalah ke ape2. tp mmg seronok kalo dah blaja, mmg faham la ape yg doc bgtau itu ini kan. :)

purple note : pergi je jumpe doc, ape2 doc pun. untuk kebaikan diri jugak. :D sayang diri awak dulu, sebelum sayang orang lain. okeng? :D smile, bcoz u are cute enough~ ^^


2nd purple note : sy ada masalah kecik je. mata kering, air kurang. doc cakap, mata ada 3 lapisan, tp tak nampak la kan. lapisan jel, air dgn minyak. alhamdulillah, baik-baik aja. hee~ :D

f0r ReaDing ^___^
   

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Jul 8, 2012

1st GiveAway Cik Balqis

Assalamualaikum (jawab cepat! :D)

hola, purple~~kyu~! hehe
oke, nak join GA cik Balqis.
thanks sbb invite sy :D



oke, done~! :D

tata^^ btw, jom join ramai2 sebelum tarikh tamat 1 ogos 2012 :)

f0r ReaDing ^___^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Jun 30, 2012

menunaikan umrah~ :)

Assalamualaikum
Waalaikumussalam.

hye :)
alhamdulillah. bersyukur ke hadrat ilahi :)
alhamdulillah, dapat lagi kita hidup pada hari ni.
xyah bayar sesen pun mata, hidung, mulut, oksigen dan semuanya la yang Allah bagi kat kita.
bersyukur lah teman! :)

lama dah tak update blog.alhamdulillah. bersyukur sangat2. sy dengan family baru sahaja selesai pergi menunaikan umrah.teruja memang teruja. memang tak dinafikan! hehe.

seperti dalam jadual, kami pergi ke madinah dulu. bukan tak ada yang pergi makkah dulu. sebab ada orang pernah keluarkan statement : "mmg la pergi madinah dulu, mana ada orang pergi makkah dulu kalau buat umrah" itu statement yang salah yea anak2, pakcik makcik, kakak2 sekalian. :)

mesty ada jemaah yang pernah pergi ke Makkah dulu dikalangan pembaca sekalian kan :) alhamdulillah. mana2 pun seronok. seronok dapat beribadat kepada-Nya. seronok dapat merasai perubahan cuaca. seronok dapat berborak ngan makcik arab. haha. berborak la sangat. = ='

emm, dah lama nak post entri ni. tp sangatlah bz. :)

di Masjid an-Nabawi

pada waktu panas, atap terbuka
pada waktu malam, atap tertutup


okelah. letak gambar ni je la dulu. dah lewat ni. nak pi tido. tata :).

purple note : thanks sudi jengah blog ni walaupun tak berupdate. thanks sudi follow juga ^____^

f0r ReaDing ^___^

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

May 30, 2012

holiday dekat hostel

Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.

hye there! :D
hehe.

lame sudah tidak berblogging~ wuwuwu. hehe^^

selama 5 hari yang lepas. tak dapat nak on9.
sebab ape?
sebab selama dari petang jumaat 25 mei 2012 dalam kul 3 camtu
(tapi sy gi 3.30 sebab kawan sya cakap nak gi kul 3.15. tp last2 dia lagi lambat dari sya.hoho.)
sampai lah hari semalam 29 mei 2012

memang tradisi form 3, 5 and upper 6
haha. tradisi la sangat. hehe
setiap kali cuti dua minggu, 5 hari akan duk hostel.
ada educamp! hehe. sekolah lain pun ada gak buat camtu.
hehe. takde la rase terseksa sangat. hoho :P

macam2 jadi masa kat educamp.
makan dalam tu bese lah. hahak :P
tapi bukan kita boleh puaskan hati semua orang.
so, orang lain pun sama konsepnya dengan kita.
diaorang pun tak dpat nak puaskan hati kita jugak. :0

so, buang yang keruh ambil yang jernih!
yakini merah jambu, lupakan kotoran! haha*ter-iklan sabun pencuci vanish pulak kat sini*

521306_342719512468569_1216848792_n_large
cr to owner

just put on my smile face, hardly :D

siap bagi kata2 lagi sambil2 duduk kat hostel haritu
haha. duk bagi nasihat sket kat kengkawan.
mana tau, ada yang termakan dengan kata2 'manis'
saya haritu. hehe. walaupun diaorang2 dalam nada kurang senang
cakap "yelah2" , "ade orang backup penceramah la pulak" n so on la.
hehe. purplekyu teroskan usaha! wee~~~ ^^

hehe, okelah tata~! ^^ have a nice holiday!

cuti, cuti jugak.
solat jangan cuti pulak! :D

purple note : remember Allah the most! ^____^ your life will turn better with the blessing from HIM. :)

f0r ReaDing ^___^

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

May 17, 2012

#1 typeless thursday - seobang! :P


Tumblr_m3z8s57mkj1rvmzglo1_500_large

cr to owner

f0r ReaDing ^___^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda