STATUS UPDATED!
لا اله الا الله محمد رسول الله
The Blog: January 2013

gambar

heartbeat

nuffie

Jan 25, 2013

Belated Time.

Assalamualaikum.

19 Januari 2013 - Pergi dengar ceramah kat driving school dua sesi. (5 jam)
Ade sorang akak tu, tengok gaya macam budak baru habis sekolah gitu, tapi rupenya umur 27 tahun, dan anak dah dua. : )

23 Januari 2013 - Happy Belated Birthday kepada Abah Tersayang. :D
Sanah Helwah! Saengil Chukhae! Otanjobi Omedetto! Thanks for everything you had done for me, and family until today and after this. We all love you. Semoga abah dimurahkan rezeki dan sihat selalu serta dipanjangkan umur. :')

23 Januari 2012 - Pergi driving school saja test Ujian Komputer(UK). Huhu.
Without carefully reading the buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) tu sebab kononye nak baca buku panduan undang2 jalan raya berkomputer (e-test) yang ejen baru bagi hari ni, i got 30 per 50 for the test. Haha. Shame on you! Ekeke. 30 je?? Sadis. Anda gagal! Huhu. So, akan cuba lagi. Tapi yang buat hari 23 Jan ni cuma test je. Kalau ujian UK yang betol2 punya kena bayar 10 ringgit kalau nak ulang.

Dalam kete :
Saya : Abah, dulu abah ambik test pakai komputer ke?
Abah : Tak, dulu pakai macam kertas periksa warna merah tu.
Saya : Oh, yang OMR tu eh?
Abah : Ha'ah.
Saya : *Hmm, gitu rupanya*

24 Januari 2013 - Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. :D

Jom Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad...

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Ya Rasulullah, syukran atas segala jasamu kepada umatmu.
Ya Rasulullah, kami sayang padamu. :')

Hasil kopi dan pasta dari page ni :
Terbaik~ :D


tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Jan 17, 2013

I'm back,, again!

Assalamualaikum...

Ape kabor?
Oke, lama menghilang, takde sapa yang peduli dan kisah pon
Biar lah bunyik cengkerik menjadi peneman. Haha.
Tapi ini blog, tempat luahan diari hati secara terbuka.
Biarlah, kalau boleh semua benda nak tulis dalam ni kalau peristiwa yang besar2 tu.
Nanti bila dah tua, boleh jadi memori. Haha. Perasan boleh tua.
(Nanty bila sempat untuk saya tua, bila baca, ohh, kira mencapai jugak usia tua, dan merasai tua, hoho)

Hihi, doakan saya berumur panjang, TAPI makin baik amalan yang dilakukan.
Ustaz kata, Nabi berpesan supaya "biarlah panjang umur, tetapi baik amalanya"
Ustaz kata lagi : Nabi tak pesan supaya BANYAK amalannya, tetapi biarlah BAIK amalannya.

Tapi jangan salah faham. Amalan yang BANYAK itu dapat menambahkan lagi timbangan.
Tetapi perlulah SEMPURNA. Kan? :D
BAIK = SEMPURNA , ye tak?

Oke, kalau salah mana2 tu sila tunjuk ajar, jangan mengata, mengeji, mendoakan kejatuhan. Kita sebagai orang Islam adalah bersaudara. Kalau orang tu, kita rasa dia dah sesat ke, atau salah ambil tindakan mahupun dia buat salah, tolong, tolong, jangan doa dia jatuh, dia kalah, tapi bimbing dia. Kita hidup saling menasihati. Nasihat ni pun untuk diri saya sendiri.
 "Xoxo, D! Publish!" -> Istanbul Aku Datang. Hehe.

Oke lah, daaadaa. Saje kasi MIS(S)called. :D Hehe.

Purple note : Sabtu ni baru nak pi dengar ceramah/taklimat nak ambik lesen. Hoho. Ya Allah, bila first time drive nanti, tolong lah hilangkan rasa gementar. Aameen. 
Hihi. ^^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda