STATUS UPDATED!
لا اله الا الله محمد رسول الله
The Blog: March 2013

gambar

heartbeat

nuffie

Mar 5, 2013

Sedekah? Itu mudah...KAN?


Assalamualaikum...

Wahh, apa mudah sangat ke sedekah tu?
Ehh, boleh tahan mudah je. Kan?
Islam memang ada banyak rukhsah.
Islam itu memudahkan dan tak membebankan. : )

Eleyy, orang banyak duit, boleh lah bagi sedekah banyak2
-Eh, wrong statement tuu, nak sedekah bukan untuk orang banyak duit je.

Ala, i tahu lah, i bukan baru belajar dengan you, dekat sini, saat ni, pasal bab2 sedekah ni. 
-Memang pon, tak kuasa lah. Haha. Takde lah. Gurau je. Kita kat sini cuma nak mengingatkan statement yang boleh kata semua orang DAH tau. Muslim tu kan saling menasihati.

Nabi Muhammad S.A.W berpesan supaya kita sampaikanlah walaupun satu ayat dan saling nasihat menasihati antara satu sama lain.

Jadi tak salah langsung nak bagi nasihat, kat twitter ke, fb ke, blog ke, semua boleh, gunakan semua kemudahan teknologi untuk something that you can bring until hereafter. I mean just like sedekah jariah.

Oh, itu pun i tau. Let's proceed.
-Oke, sedekah ni mudah sebab apa? Sebab kita boleh bagi sedekah dalam pelbagai bentuk plus rupa. Paling orang selalu buat, SENYUM, kan? Itu sedekah paling mudah. Ya Allah, cuba lah senyum sikit bila orang datang kedai, bila peniaga senyum, layan dengan baik, pelanggan pun suka. Bila nak buat sesuatu benda tu, fikirkan jika kita adalah pelanggan tu contohnya. Kalau awak tu nak taknak je layan pelanggan, aish, pelanggan pun nak taknak lah gi kedai awak tu dah.

-Macam saya pergi kedai kasut, fuyoo, tauke cina siap datang dekat saya untuk suruh saya tengok2 kasut kat situ ma. The Taukeh ma. Padahal kedai dia tengah ramai orang, pekerja dia pun ada. Lepas tu dia pergi jaga kaunter bayaran. Sebelum2 tu, dia dah pergi dekat  customer2 dia yang lain. Mereka pandai ambil hati, tu pasal mereka maju. Saya pun rasa kasihan je sebab tak beli kat kedai dia, sebab layanan dia, padahal kasut kat situ, takde la saya berkenan sangat. Tapi kebaikan yang ditunjukkan tu yang bagos! Hee. Saya cuma jalan2 je. :)

I rase you jarang dapat kasih sayang kot ni. Sedekah lain lagi? Takkan SENYUM je? Semua orang pun tau!?
-Haha, apa2 je lah. Senyum sikit :P. Posing2. =='. Eh, ade lagi, stay tune dulu. *iklan* ting3,*background music* Welcome back! =='
-Oke, other than that, are you a newspaper buyer?

Ha'ah,yes i am! Semua newspaper i beli. Waktu pelancaran BH yang baru i ada, metro versi baru pon i beli.
-Yes, yes. Bila dah habis baca you buat apa? Buang? Kitar Semula? Atau hasilkan kraf tangan ke?
Kalau hasilkan kraf tangan dengan kitar semula bagus jugak boleh tambahkan pendapatan. Tapi daripada buang, lebih baik you sedekahkan kat orang.

Surat khabar pun boleh sedekah? Sape lah yang nak kan surat khabar? Lain lah kalau bagi benda berharga sikit.
-Ramai yang tak perasan, tapi sebenarnya, ada yang memerlukan surat khabar yang banyak. Aaa, ce teka?
Tau dah kan? Ke tak? Hehe. Jawapannya : Orang yang buat nasi lemak daun pisang yang pakai pelapik surat khabar bawah daun pisang! Haha, ayattt~ berbelit. Boleh apa kita pergi bagi, takpun pos laju je kalau segan. Hehe. Pastu tulis note : Sila ambil surat khabar ni untuk bungkus nasi lemak, kalau tak ambil, saya tak marah. :P Macam kisah sedara belah adik beradik atuk saya, haaa, camne tuu, hehe, fahamkan hubungan saya dengan dia. Dia ni rajin. Dia berniaga, suami dah meninggal, keluarga kurang kemampuan, berniaga nasi lemak dengan sate. Kos hidup sekarang makin lama makin tinggi. Kan, kalau kita dapat membantu lebih ramai kawan2 kita, makcik2 kita yang kurang kemampuan, bukan ke kita rasa bahagia sebab dapat tolong orang? :) Hmm, cuba kita fikir lagi, siapa yang memerlukan barang yang kita anggap remeh, tp sebenarnya berharga bagi orang lain dan apa barang yang dianggap remeh tu tapi sebenarnya penting bagi orang lain?

I dah agak dah, mesti orang jual nasi lemak jawapannya, tu la yang i jawab lepas you tanya . . .
-Yolahtu, :P lain, awak boleh bagi kat kanak2 peminta sedekah tu, tak lupa jugak kat pakcik makcik yang ada dekat pekan sari, pasar2 tu.
-Bukan la bagi surat khabar tu, bagi duit la. Ikhlas.

Eh, i taknak lah bagi sedekah kat bebudak macam tu, ntah2 ada dalang kat belakang diorang tu.
-Ehem, kalau ada dalang sekalipun, cuba fikirkan, kalau budak2 tu tak dapat duit banyak, mesti diorang kena pukul kan. Tu lebih kasihan. :'( Lagipun, sedekah tu kena ikhlas, jangan terlalu memikirkan sangat. InshaAllah. :)

Sedekah lain lagi??
-Oke, macam cikgu saya, dia nasihatkan :
*sediakan satu tabung/bekas/apa2 tempat yang boleh letak duit dalam tu.
*setiap pagi, letak lah dalam tabung tu, ala, paling busuk, RM1, takpun, ala, beberapa duit syiling pun boleh apa, mengikut kemampuan, 10sen pun boleh, DENGAN NIAT nak sedekah duit2 tu.
*lepas tu, amalkan setiap pagi dengan niat nak sedekah.
*bila dah banyak, bolehlah bawak pi masjid ke, surau ke, rumah kebajikan ke, boleh la sedekah. Best kan?

Amaran keras : Tapi jangan lah riak pulak, pi masjid lepas tu angkat tabung masjid tinggi2,(Lagi2 kalau bekas lutsinar tu) isi duit, siap kira depan orang. Takpun siap perli orang sebelah. "You ni tak bagi sedekah ke? Ish3 *sambil menggoyang2kan jari*, you patut mencontohi diri i yang pemurah ni tau," =='

Semoga bertambah rezeki, solat dhuha tu pun bagus :D

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda