STATUS UPDATED!
لا اله الا الله محمد رسول الله
The Blog: May 2014

gambar

heartbeat

nuffie

May 11, 2014

Kolej Matrikulasi Perak Part 1

Assalamualaikum.
Meh sini. Haa mari2. Dekat sikit dekat sikit. Dekat lagi. Haa. Dah macam nak berlaga dgn laptop hui. Nak review sikit pasal matrik atau matrikulasi atau kolej matrikulasi. Kasi gegar~~~ *effect gegar sambil goyang2 laptop.

Korang, tapi ni pasal matrik PERAK. *Team gempak mana tu?? Team perak, team perak!!!* (sila jgn hampa bila baca entri ni kpd pelajar yang dapat matrik lain)

The Matrix, matrices, dot matrik dan martikulasi adalah perkara yang berbeza.
Kepada bakal pelajar yang akan memasuki alam matrikulasi sila bersedia, kita akan berlepas sekarang! POYOO. Haha. K bye.

Hmm, kalau nampak tulisan ni macam kecik benor, boleh la tekan ctrl dgn + serentak. (tekan ctrl dulu, baru tekan + , masa tekan + jgn lepas kan ctrl) : ) \\utk yg tak tau.

Warning : Sorry jika entri ni ada selingan yang menyimpang dari tajuk.

Oke. Kolej matrik ni sebenarnya salah satu platform untuk pelajar tak kira la straight A's ke, ataupun lubang2 A nya untuk melanjutkan pelajaran. Bukan semua yang mohon akan dapat masuk. So, kepada yang dapat bersyukur sangat2. Yang tak dapat jangan putus harapan. Masih banyak peluang di luar sana. Cuma mungkin lambat atau cepat. Dan mungkin ianya terlindung. Kuatkan Semangat!!! Senyum. Allah kan ada. Memang, bagi ramai orang, "Kolej Matrikulasi apa class? Tak main aaa, guwa nak tunggu U yg lebih hebak lagi. Matrik?? Hmmph!" mahupun "Masuk matrik je?" *sambil buat muke terkejut macam tengah nampak santa claus bagi hadiah senyap2 kat tepi pokok ru ataupun pokok pain. Apekah? krik krik.

FYI, act, all chineses and indians yang masuk matrik adalah mereka yang sangat3 excellent. Diorang got straight A's for SPM and sangat aktif dalam koko. Untuk lebih berjaya, bila diorang kat matrik, boleh kata semua event diorang join.\\kecuali yang melibatkan pemandian jenazah semua tu x la.
Most of the time memang diorang akan join.

First, nak cerita pasal apa dulu ni ek? Rasanya x perlu kot nak cerita pengenalan matrik. Boleh search di google. Rajinkan diri. Hewhew.
Haa. Moral of the story untuk pendahuluan ni, :  x payah duk pikiaq sangat la apa yang depa orang lain duk kata kat ang. Bukan depa yang nak belajar kat matrik, ampa yang nak lalui semuanya. Tapi kalau mak pak ang x bagi, ang jangan la duk gatai nak lawan. Setiap yang berlaku kan ada hikmahnya. Sayang la mak ayah tu, cuba tengok diorang, tengok tangan diorang. wajah diorang. X jatuh sayang ke? Dah berumur wajah mereka, mereka yang besarkan kita, tapi kita ni dari kecik sampai la besar asyik nak laaawaaaaann je. *tiba2. hehe.

Kalau dengan mak ayah pun nak lawan, dengan siapa lagi kita nak bermanja, berkasih sayang kan. Kawan tu teman seperjuangan, tapi jika masih ada penjaga, mak, ayah, family, please appreciate diorang to the fullest. : ) and remember that, Allah is always there for you. :)

Kolej Matrikulasi.
(Saya lebih suka memahasakan diri as "akak" di sini, sila jangan ketawa kepada rakan sebaya dan sewaktu dengannya)

Haa, woot woot~ : D

Akak batch 13/14 untuk tahun lepas. Akak student lepasan matrik perak. Haa, korang dah print belum apa yang pihak matrik nak tu? Gambar passport semua? Tanda tangan dan cop jangan lupa. Buat la check list oke. Baca la arahan yang disediakan kat situ. Kalau musykil boleh call je pihak matrik tu. Kat laman web diorang ada no phone. Nanti dah print siap, boleh lah letak dalam file. Senang nak bawak.

Haritu akak register masuk matrik 27 mei. Kalau tahun ni 25 mei kan? (jgn jelesss). Hehe. Sorry.
Haa. Matrik Perak ni duduknya dekat gopeng. Ramai jugak orang duk main2 dengan perkataan gopeng jadi gopenghagen. Matrik perak ni duduk kat atas bukit. Nak sampai ke kawasan Kolej Matrikulasi Perak ni agak panjang laluannya. Yang paling penting, kepada sesiapa yang akan mendaftarkan diri ke kolej ni nanti, silalah datang AWAL! Kalau boleh lepas subuh tu dah bolehlah gerak pergi daftar. Oke, tu agak melampau.

Tapi, kalau boleh gerak lebih awal daripada yang dinyatakan. Kenapa? Sebab kat laluan tu nanti akan jam teruuukkk. Nak pergi tandas pun x lepas nanti. Tapi x pe, bolehlah mintak tumpang rumah makcik pakcik kat situ kalau terdesak. Macam haritu, ramai yang turun kereta pergi tandas. Sebab jam sngat teruk. Walaupun laluan nak pergi ke kolej tu terasa agak panjang, tapi tak sampai 12 minit pun dah boleh sampai rasanya. Tapi disebabkan jam yang teruk sangat tu, nak sampai ke kolej tu ambik masa 3-4 jam dalam kereta. Bayangkan. Dah boleh balik KL semula kalau korang datang dari KL. Tak ke rugi masa. Stress pun ada datang menyapa. Hehe. Serius ni. For real. Sangat tenat rasa. Jalan pun terkemut2 je kereta. Tak boleh nak laju.

Paling penting, kalau datang lambat, espeseli for girls la, takut x dpt bilik je. Jangan risau. Kalau x dapat bilik, boleh duduk rumah felo. Sebenarnya akak la tu. Haha. Kalau kita tak merasa, macam mana kita nak bercerita kan. Cerita lahir dan datang daripada? = pengalaman kan. Hehe. Memang kena banyak bersabar. Semua orang pun nak masuk matrik. Semua orang pun nak dapat bilik. Jadi, disebabkan x dapat bilik tu, akhirnya duduk la rumah felo. Ada yang kena menetap dekat bilik sakit.

Tapi jangan risau. Itu mungkin sebab matrik kelantan x siap lagi. Sekarang dah siap kan. Mesti lah semua baru2 belaka kan. Tapi kalau dapat matrik perak pun dah kira bertuah. Bersyukur lah. : ) InshaAllah matrik Perak akan muat satu bilik 4 orang. Aameen. ^^

Seminggu orientasi. Nyanyi la anda semua dengan kakak abe AJKO tu nanti. Hehe.
Jadual memang pack. Tapi best apa. Ada orang nak layan kita. Haha. Nanti xde la teringat nak baliiiikkk aje. Hehe. Makanan ada disediakan. Haa, kan best makan free. Hehe. Boleh take away dekat kafe hokey. Tapi, memang agak berhimpit la duk dalam dewan. Tapi mungkin tak ramai macam batch lepas. Sebab matrik kelantan kan dah siap. Haritu sebabnya pelajar matrik kelantan dihantar ke perak dengan matrik apa lagi satu x ingat. Disebabkan matrik kelantan x siap lagi. Katanya setengah sem diorang duduk perak, last2, sampai habis belajar, 2 sem.

Keadaan rumah felo? Tidur atas tilam. Susun atas lantai. Well, not that bad la macam yang korang fikirkan. Cuma macam tu la. Hehe. Kitaorang satu bilik 7 orang masa tu. Satu rumah ada 3 bilik. Dan setiap bilik tak tetap pun berapa orang. Masuk ikut suka je.

WARNING : Ini cuma cerita pengalaman. Ala, chill la. Nak belajar, kena banyak bersabar. HAHAHAHAHA ==' relax, xde la teruk pun. Hehe. Ade madam and sir akak cerita diorang pernah duduk rumah sampai 20 orang ke 30 orang camtu. Rumah felo tu kitaorang duduk 20 orang camtu la. Tapi tu kan disebabkan ketiadaan bilik dan matrik kelantan yang belom siap. InshaAllah, xde macam tu dah batch ni.

Seminggu lebih sikit je duduk rumah felo tu, ataupun 2 minggu x ingat, pastu akan diberi bilik, tulis nama dekat no bilik tu, then kita angkut barang2 kita masuk bilik tu. Sampai depan bilik, ketuk pintu, "saya orang baru"... +_+ T_T Haha. Lek lu. Ada rumet baru bertanya "budak baru masuk ke? Ke yang duduk rumah felo?" "duduk rumah felo" ==' *sedey bak ang. Haha. Pastu pindah la. Masa sebelum pindah semua duk sedih2 nak berpisah bilik, pastu x tau macam mana dengan rumet baru, pastu x pasti, sama ada katil tu dah disusun ke, atau biar kat tengah2 laman dalam bilik yg bakal kitaorang masing2 masuk nanti. Orang cakap kalau katil tu dah tersusun tu maksudnya diorang kira okay la nak terima kehadiran kita. Masa tu Allah je tau. Buka pintu, tengok2, katil duduk kat tengah2 laman. Hati lub dub x berhenti. Haha.

Sebelum pindah, after or still masa orientasi ada lah problem ni dibangkitkan utk dikongsi bersama2 pelajar aspuri. Kiranya masa penolong kanan ke apa ek namanya, ketua bahagian asrama, dia buat pengumuman la, pasal budak2 duduk rumah felo ni akan masuk bilik dan akan tinggal dengan anda semua, kebanyakkannya budak2 yg dapat bilik  hostel mengeluh, merungut la. Encik tu ckp lagi, kasihanilah mereka ni. Macam tu la. Ade la dia tunjuk gambar2 bilik budak rumah felo. We used to be called as "orang kelima" oleh mereka yang dapat bilik. Hey, this is not about raging ke apa la. Haha. Jangan risau, inshaAllah, kat matrik xde raging. Selama duduk kat matrik perak x pernah dengar pun. Semua orang baik2 je belaka. Alhamdulillah. : ) Tak perlulah kau nak pegi raging orang bagai. Takde paedah. Takperlu cari pasal dan masalah oke. Bagus. Thumbs up! ^^

Orientasi

  • Kalau tak silap, dia ada bagi jadual. So, boleh tengok kat situ. Takpun, bila sekali dah pegi dewan tu, nanti terus dia akan cakap apa kena buat lepas ni. 
  • Start dari pagi sampai malam. Full. Oke kalau macam haritu, Bila pagi, solat subuh kat masjid. Bagi pelajar perempuan yang cuti, ada program lain. Komfem best. InshaAllah. Ada usrah, tengok video, share story n lain2 lagi. ^^ Untuk non-muslim ada pendidikan moral. 
  • Dapat makanan free. (minuman sekali kot) Hee.
  • Setiap pagi akan ada siren kejut suruh bangun. 
  • Pasal bilik air, bilik mandi, akak xtau macam mana keadaanya masa tu, sebab akak still kat rumah felo. So, memang x tau keadaan kat hostel. 
  • Lepas tu nanti sebelum rehat, ada kena jumpa dengan kakak2 ajko dekat luar blok masing2. Dengar macam taklimat pasal apa2. Ada la setiap blok punya moto. Macam haritu kitaorang, akak tu jerit "SERI TEJA!" kita sebut sambil buat gaya "cute2 daebak" errrk. Haha. 
  • Masa petang free la sikit. Maybe sampai pukul 5 atau 5.30 dah habis dah program kat dewan. (atau pukul 6? ) haha. sorry la. x ingat sangat. Hehe. 
  • Malam tu nanti akan sambung balik prgoram. Ada dia jemput orang2 yg dah berjaya.
  • Nanti ada group LDK, program pagi. Masa tu kita akan join group yang dia bagi kat kita ikut nombor. angkanya 2 hingga 3 digit. Campur laki perempuan dengan seorang lecturer. Kat U pun ada LDK macam ni. Time tu la nak berkongsi sekolah mana, nak jadi apa, nama apa. Ice breaking dengan orang yg mungkin kita x jumpa dah pun lepas tu. Hehe. Campur la budak kos akaun, sains semua modul. Lepas tu abe kakak ajko bawak pegi pusing kolej. Nak tanya apa2 boleh tanya. Takut sesat pulak nanti hari first. Mula2 je nampak macam complicated, lama2 biasa dah la. : ) Kalau boleh hari first tu datang awal. Nanti salah masuk kelas macam kawan akak. Hehe. 
  • Good luck orientasi! woot woot~!


Ni sebagai memori. Itu pasal semua nak cerita. Alhamdulillah. Rumet oke je. : )
Thanks. Kalau nak lagi, insyaAllah. Boleh sambung part 2. Bakal ditype entrinya. Sama ada letak gambar je, n entri ketiga baru sambung menaip semula, ataupun mana2 la. Haha.(Belom la type lagi. Ni pun terkedek2 menaip nyo) Hee. Oke. Tata adik2 sekalian.
Haha.
Btw, kalau korang xnak baca pun, akan daku buat jugak entri tu, as memory la katakan. Hewhew. : )
Sorry kalau ada salah. Yg baik ambik, yg buruk, busuk, tinggalkan, perbaiki. ^^

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

May 8, 2014

Setia

Ya, setia.

Apa itu setia.
Mengikut thesaurus,

setia (adjektif)
1. Bersinonim dengan teguh hati:tetap haticekaltabahbulat hatibulat tekadbulat fikiran,

2. Bersinonim dengan patuh:taattawadukpatihboleh diharaptunak,
Kata Terbitan : bersetia,kesetiaanpersetiaan,

cr : diSini

Mengikut makna setia yang kebanyakannya mungkin akan terpacul keluar dari mulut dan fikiran manusia ialah ianya merupakan sejenis sifat.

Bagi seseorang, mungkin akan mengungkapkan "Dia seorang yang setia"
Bagi pasangan pula mungkin saling mengungkapkan ayat "Aku akan setia padamu sampai mati, hingga hujung nyawa, sampai habis darah (titisan darah yang terakhir la katakan)"

Bagiku, setia lebih kepada kata2.
Mudah untuk diungkap.
Tetapi sukar bak ang untuk dikekalkan.


cr : google je.

Bagiku juga, yang paling penting,
Setialah pada Allah, Rasulullah, Parents, Islam, Family, dan kawan2,lebih tepat, sahaat.

Allah mencipta kita dan beri nikmat melimpah ruah serta pemilik segala dibumi dan di langit.
Rasulullah mengajar dan menyampaikan ilmu dari wahyu baginda kepada kita.
Parent melahirkan dan membesarkan kita.
Islam agama yang benar dan se-benar2-nya.
Family tempat kita berkongsi kasih.
Sahabat menemani kita ke jalan kebenaran.

Maaf andai ada yang terasa. (masam, manis, pahit, tawar, kelat, payau, mahupun loya)
Kalau ada yang baik, ambik. Kalau busuk, buruk, hodoh, daripada penulisan ini, sila buang jauh2.
Sekian.
Belajarlah erti setia yang sebetulnya.

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

May 7, 2014

"Jet Lag"

Hai...
Lama x blogging.
Tanpa sedar dah dua tahun alam persekolahan berlalu pergi.
Mungkin kerana tanpa perasaan sayu meninggalkan sekolah membuatkan diri tidak membilang hari.

Terima kasih kepada pelawat yang berkunjung kesini walaupun tiada berita yang menyapa dari blog ini.
Maafkan saya jika tidak membalas kunjungan saudara dan saudari.
Diri ini terasa masih lagi 'jetlag' untuk berblogging, blogjoging, blogwalking mahupun toing toing.

Lagipun terasa 'gagap' pula jari menekan keyboard di laptop kerana ketandusan idea yang ingin ditypekan.
Pergilah kawan. Pergilah mencari yang lebih baik. Jangan biarkan dirimu berkunjung ke sini tanpa ada balasan. Tapi ketahuilah bahawa diri ini sangat appreciate kehadiran kalian. Nanti jika berkesempatan akanku membalasnya. :")

Sekian.
:"/

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda