STATUS UPDATED!
لا اله الا الله محمد رسول الله
The Blog: 2013

gambar

heartbeat

nuffie

May 8, 2013

Test JPJ yang bersejarah ==' , Tett...

Assalamualaikum. (Jawab salam, :) )

Sape yang dah test jpj? Mesti ramai dah pernah kan. *angkat-angkat-kening-dua-kali* (sebab x daya angkat banyak kali) =='

Nak cerita ke tak ni ye. Hmm.
Pada hari rabu yang lepas, berapa hari bulan ye, *tengok kalendar sebelah* ,, haa, 3/4/2013 merupakan hari  kira bersejarah la bagi saya.
Saya telah menggemparkan banyak pihak. *jengjengjeng* ---> background music , hohoho

UPDATE 8/5/2013 :

Ha-ha-ha, ni adalah post bulan 4, lamaaanyaaa dahh~ krik.krik.krik *bunyi cengkerik*
Cerita yang sudah basi dimamah masa dan usia. *erk*
Hehe.

Pendek kan cerita je la. Penat nak type. Lalala~ :P
Nanti orang pun penat nak baca. Kan. Taknak baca pun xpe. Sebab ni cuma \online DIARY/. Hee.

Haa, ni penceritaan paling pendek dan ringkas.
Masa hari 3 haribulan tu, ada test JPJ.
Sebab ada akak yang sama ejen dengan saya, yang saya baru jumpa,plus tanya nama \and/ ambik number phone dia pada hari itu jugak, dia cakap nak balik, nak pergi kerja, jadi \without hesitation/, teros saya bagitau kat dia yang saya nak balik jugak.

Sebab apa? Bukan sebab takut tinggal sorang \and/ blablabla.
Tapi sebab \the fact/ yang saya sesi 3. =='
Lama lagi nak tunggu. Sesi 1 pon x habis lagi.
Akak tu yang pada mulanya datang kat saya ajak pegi jumpa ejen. Saya tunggu dia kat luar bilik tu.

Jadi selepas borak dengan makcik2 di tempat menunggu, bersama dengan kawan(ex-classmate) yang baru sahaja selesai test (tak sangka pulak boleh jumpa dia kat situ) , mak pun sampai. Saya telefon mak cakap nak balik.

Maka, balik lah saya dengan senang hatinya. Lalala~ *macam ayat melayu lama je*
Saya kat rumah pegi menonton variety show popular tu (malas nak promote eh)
Pastu lepas dah lama, dapatlah call dari ejen.
Ejen cakap "awak kat mana? semua orang duk cari awak".

Saya hanya mampu ketawa. \LOL/ =='
Tengok2 ada mesej dari akak tu dalam pukul 12 lebih.
Tapi memang kecewa sangat, persoalannya, 'kenapa akak tu tak telefon? bukan ke \it is about something urgent/ ?' Persoalan hanya tinggal persoalan. Apalagi, teros kelang kelibut pegi IM. Haha. Moral kat sini : \Don't trust people easily! Take Note To Self !/ Tapi, saya tak salahkan dia lah. Tapi...cuma kecewa sikit la. Huhu.

Bila call akak tu, dia tanya saya kat mana, dan bila ditanya, dia cakap "akak dah siap dah test" (ayat tuu)
Lupa nak bagitau, akak tu sesi 3 jugak, nombor kitaorang dekat2 je. Paling penting, dia cakap yang "DIA TAK BALIK PON", sabar je la. :'D Haha.
Bila sampai JPJ semua dah takde. Akak kat kaunter luar yang jaga untuk test JPJ pun xde.
Pastu ada la berlaku something2 lagi. (penat nak menaip, dan panjang sangat dah ni)
Ayat "dah test ke?" dan "awak balik ke tadi?" serta "kenapa awk balik?" mahupun "ada orang suruh awk balik?" memang ada je suara duk tanya. Haha.

\Last/, lepas akak2 penjaga kaunter, dengan JPJ dah siap rehat makan, akak tu cakap awak kena jumpa sendiri dengan JPJ cakap nak test. Oh, kena jumpa ye, jadi saya pergi la. Kat tempat JPJ rehat tu. Dekat je. Lepas saya datang balik, ramai tanya "boleh tak?". Hehe. Rasanya diorang lagi cuak. Saya ingat nak buat minggu depan je (saya habaq mai kat ejen, sebab dah lewat camni, ejen cakap banyak proses kena buat).

Alhamdulillah, Allah bantu, Allah bukak hati JPJ tu nak terima saya untuk buat test. Ingat, apa2 pun, Allah yang pegang hati manusia, dan semua hidupan-Nya. Allah lah yang mencipta hati kita dan seluruh alam ni kan. :") Kalau Allah cakap jadi, maka jadilah. KUNFAYAKUN. Jadi, mintak dengan Allah. :D, InshaAllah.


cr to : inche mushi (from google to his blog)

Moral of the story : Tak payah balik. Haha. Tapi kalau nak balik jugak, ambik risiko sendiri.

Lagi satu : Rupanya akak tu tak balik, ejen kata dia tak bagi balik, pastu kenapa saya x bagitau dia nak balik. (Saya dah bagitau kat akak tu dah pun sebenarnya), tapi ejen baik. Hehe. Pastu rupanya akak tu keje kat kedai ejen tu. ==' Btw, ingat nak type sikit je, tapi nampaknya macam ni la cerita yang 'dipendekkan'.

K,bye. ^________^

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Mar 5, 2013

Sedekah? Itu mudah...KAN?


Assalamualaikum...

Wahh, apa mudah sangat ke sedekah tu?
Ehh, boleh tahan mudah je. Kan?
Islam memang ada banyak rukhsah.
Islam itu memudahkan dan tak membebankan. : )

Eleyy, orang banyak duit, boleh lah bagi sedekah banyak2
-Eh, wrong statement tuu, nak sedekah bukan untuk orang banyak duit je.

Ala, i tahu lah, i bukan baru belajar dengan you, dekat sini, saat ni, pasal bab2 sedekah ni. 
-Memang pon, tak kuasa lah. Haha. Takde lah. Gurau je. Kita kat sini cuma nak mengingatkan statement yang boleh kata semua orang DAH tau. Muslim tu kan saling menasihati.

Nabi Muhammad S.A.W berpesan supaya kita sampaikanlah walaupun satu ayat dan saling nasihat menasihati antara satu sama lain.

Jadi tak salah langsung nak bagi nasihat, kat twitter ke, fb ke, blog ke, semua boleh, gunakan semua kemudahan teknologi untuk something that you can bring until hereafter. I mean just like sedekah jariah.

Oh, itu pun i tau. Let's proceed.
-Oke, sedekah ni mudah sebab apa? Sebab kita boleh bagi sedekah dalam pelbagai bentuk plus rupa. Paling orang selalu buat, SENYUM, kan? Itu sedekah paling mudah. Ya Allah, cuba lah senyum sikit bila orang datang kedai, bila peniaga senyum, layan dengan baik, pelanggan pun suka. Bila nak buat sesuatu benda tu, fikirkan jika kita adalah pelanggan tu contohnya. Kalau awak tu nak taknak je layan pelanggan, aish, pelanggan pun nak taknak lah gi kedai awak tu dah.

-Macam saya pergi kedai kasut, fuyoo, tauke cina siap datang dekat saya untuk suruh saya tengok2 kasut kat situ ma. The Taukeh ma. Padahal kedai dia tengah ramai orang, pekerja dia pun ada. Lepas tu dia pergi jaga kaunter bayaran. Sebelum2 tu, dia dah pergi dekat  customer2 dia yang lain. Mereka pandai ambil hati, tu pasal mereka maju. Saya pun rasa kasihan je sebab tak beli kat kedai dia, sebab layanan dia, padahal kasut kat situ, takde la saya berkenan sangat. Tapi kebaikan yang ditunjukkan tu yang bagos! Hee. Saya cuma jalan2 je. :)

I rase you jarang dapat kasih sayang kot ni. Sedekah lain lagi? Takkan SENYUM je? Semua orang pun tau!?
-Haha, apa2 je lah. Senyum sikit :P. Posing2. =='. Eh, ade lagi, stay tune dulu. *iklan* ting3,*background music* Welcome back! =='
-Oke, other than that, are you a newspaper buyer?

Ha'ah,yes i am! Semua newspaper i beli. Waktu pelancaran BH yang baru i ada, metro versi baru pon i beli.
-Yes, yes. Bila dah habis baca you buat apa? Buang? Kitar Semula? Atau hasilkan kraf tangan ke?
Kalau hasilkan kraf tangan dengan kitar semula bagus jugak boleh tambahkan pendapatan. Tapi daripada buang, lebih baik you sedekahkan kat orang.

Surat khabar pun boleh sedekah? Sape lah yang nak kan surat khabar? Lain lah kalau bagi benda berharga sikit.
-Ramai yang tak perasan, tapi sebenarnya, ada yang memerlukan surat khabar yang banyak. Aaa, ce teka?
Tau dah kan? Ke tak? Hehe. Jawapannya : Orang yang buat nasi lemak daun pisang yang pakai pelapik surat khabar bawah daun pisang! Haha, ayattt~ berbelit. Boleh apa kita pergi bagi, takpun pos laju je kalau segan. Hehe. Pastu tulis note : Sila ambil surat khabar ni untuk bungkus nasi lemak, kalau tak ambil, saya tak marah. :P Macam kisah sedara belah adik beradik atuk saya, haaa, camne tuu, hehe, fahamkan hubungan saya dengan dia. Dia ni rajin. Dia berniaga, suami dah meninggal, keluarga kurang kemampuan, berniaga nasi lemak dengan sate. Kos hidup sekarang makin lama makin tinggi. Kan, kalau kita dapat membantu lebih ramai kawan2 kita, makcik2 kita yang kurang kemampuan, bukan ke kita rasa bahagia sebab dapat tolong orang? :) Hmm, cuba kita fikir lagi, siapa yang memerlukan barang yang kita anggap remeh, tp sebenarnya berharga bagi orang lain dan apa barang yang dianggap remeh tu tapi sebenarnya penting bagi orang lain?

I dah agak dah, mesti orang jual nasi lemak jawapannya, tu la yang i jawab lepas you tanya . . .
-Yolahtu, :P lain, awak boleh bagi kat kanak2 peminta sedekah tu, tak lupa jugak kat pakcik makcik yang ada dekat pekan sari, pasar2 tu.
-Bukan la bagi surat khabar tu, bagi duit la. Ikhlas.

Eh, i taknak lah bagi sedekah kat bebudak macam tu, ntah2 ada dalang kat belakang diorang tu.
-Ehem, kalau ada dalang sekalipun, cuba fikirkan, kalau budak2 tu tak dapat duit banyak, mesti diorang kena pukul kan. Tu lebih kasihan. :'( Lagipun, sedekah tu kena ikhlas, jangan terlalu memikirkan sangat. InshaAllah. :)

Sedekah lain lagi??
-Oke, macam cikgu saya, dia nasihatkan :
*sediakan satu tabung/bekas/apa2 tempat yang boleh letak duit dalam tu.
*setiap pagi, letak lah dalam tabung tu, ala, paling busuk, RM1, takpun, ala, beberapa duit syiling pun boleh apa, mengikut kemampuan, 10sen pun boleh, DENGAN NIAT nak sedekah duit2 tu.
*lepas tu, amalkan setiap pagi dengan niat nak sedekah.
*bila dah banyak, bolehlah bawak pi masjid ke, surau ke, rumah kebajikan ke, boleh la sedekah. Best kan?

Amaran keras : Tapi jangan lah riak pulak, pi masjid lepas tu angkat tabung masjid tinggi2,(Lagi2 kalau bekas lutsinar tu) isi duit, siap kira depan orang. Takpun siap perli orang sebelah. "You ni tak bagi sedekah ke? Ish3 *sambil menggoyang2kan jari*, you patut mencontohi diri i yang pemurah ni tau," =='

Semoga bertambah rezeki, solat dhuha tu pun bagus :D

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Jan 25, 2013

Belated Time.

Assalamualaikum.

19 Januari 2013 - Pergi dengar ceramah kat driving school dua sesi. (5 jam)
Ade sorang akak tu, tengok gaya macam budak baru habis sekolah gitu, tapi rupenya umur 27 tahun, dan anak dah dua. : )

23 Januari 2013 - Happy Belated Birthday kepada Abah Tersayang. :D
Sanah Helwah! Saengil Chukhae! Otanjobi Omedetto! Thanks for everything you had done for me, and family until today and after this. We all love you. Semoga abah dimurahkan rezeki dan sihat selalu serta dipanjangkan umur. :')

23 Januari 2012 - Pergi driving school saja test Ujian Komputer(UK). Huhu.
Without carefully reading the buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) tu sebab kononye nak baca buku panduan undang2 jalan raya berkomputer (e-test) yang ejen baru bagi hari ni, i got 30 per 50 for the test. Haha. Shame on you! Ekeke. 30 je?? Sadis. Anda gagal! Huhu. So, akan cuba lagi. Tapi yang buat hari 23 Jan ni cuma test je. Kalau ujian UK yang betol2 punya kena bayar 10 ringgit kalau nak ulang.

Dalam kete :
Saya : Abah, dulu abah ambik test pakai komputer ke?
Abah : Tak, dulu pakai macam kertas periksa warna merah tu.
Saya : Oh, yang OMR tu eh?
Abah : Ha'ah.
Saya : *Hmm, gitu rupanya*

24 Januari 2013 - Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. :D

Jom Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad...

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Ya Rasulullah, syukran atas segala jasamu kepada umatmu.
Ya Rasulullah, kami sayang padamu. :')

Hasil kopi dan pasta dari page ni :
Terbaik~ :D


tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda

Jan 17, 2013

I'm back,, again!

Assalamualaikum...

Ape kabor?
Oke, lama menghilang, takde sapa yang peduli dan kisah pon
Biar lah bunyik cengkerik menjadi peneman. Haha.
Tapi ini blog, tempat luahan diari hati secara terbuka.
Biarlah, kalau boleh semua benda nak tulis dalam ni kalau peristiwa yang besar2 tu.
Nanti bila dah tua, boleh jadi memori. Haha. Perasan boleh tua.
(Nanty bila sempat untuk saya tua, bila baca, ohh, kira mencapai jugak usia tua, dan merasai tua, hoho)

Hihi, doakan saya berumur panjang, TAPI makin baik amalan yang dilakukan.
Ustaz kata, Nabi berpesan supaya "biarlah panjang umur, tetapi baik amalanya"
Ustaz kata lagi : Nabi tak pesan supaya BANYAK amalannya, tetapi biarlah BAIK amalannya.

Tapi jangan salah faham. Amalan yang BANYAK itu dapat menambahkan lagi timbangan.
Tetapi perlulah SEMPURNA. Kan? :D
BAIK = SEMPURNA , ye tak?

Oke, kalau salah mana2 tu sila tunjuk ajar, jangan mengata, mengeji, mendoakan kejatuhan. Kita sebagai orang Islam adalah bersaudara. Kalau orang tu, kita rasa dia dah sesat ke, atau salah ambil tindakan mahupun dia buat salah, tolong, tolong, jangan doa dia jatuh, dia kalah, tapi bimbing dia. Kita hidup saling menasihati. Nasihat ni pun untuk diri saya sendiri.
 "Xoxo, D! Publish!" -> Istanbul Aku Datang. Hehe.

Oke lah, daaadaa. Saje kasi MIS(S)called. :D Hehe.

Purple note : Sabtu ni baru nak pi dengar ceramah/taklimat nak ambik lesen. Hoho. Ya Allah, bila first time drive nanti, tolong lah hilangkan rasa gementar. Aameen. 
Hihi. ^^
 

tekan like anda pasti jadi lagi cute dari adik anda